Berita Hari Ini

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kisah cinta dari Masjid A-Taubah

Kisah cinta dari Masjid A-Taubah
Suatu siang di hari Jumaat seorang khatib di masjid as-Salam, Hay El-Ashir, Cairo dalam khutbahnya menuturkan sebuah kisah yang sangat indah. Kisah yang juga pernah di tulis oleh Syeikh Ali At-Thantawi dalam sebuah tulisannya:
“Kisah ini terjadi di Kota Damaskus Syiria. Di kota yang pernah menjadi ibu kota daulah Umawiyah terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid Jami’ At-taubah. Masjid ini adalah masjid yang membawa keberkahan. Diberi nama dengan At-Taubah, kerana konon sebelumnya adalah tempat hiburan, tempat dilangsungkannya berbagai jenis kemaksiatan. Kemudian ada seorang sultan pada abad ke-7 hijriyyah yang membelinya dan menghancurkan tempat tersebut. Setelah itu membangunkan sebuah masjid di atasnya. Saat ini daerah ini di kenali dengan daerah Masjid Jami’ At-Taubah.
Di masjid ini, tinggal seorang pendidik yang sangat alimbernama syeikh Sulaim As-Suyuthi. Kira-kira hampir tujuh puluh tahun ia tinggal di masjid itu. Para penduduk di sekitar masjid sangat mempercayainya. Kepada beliaulah, mereka sentiasa mengemukakan pelbagai pemasalahan agama dan dunia. Syeikh itu ibarat matahari bagi mereka. Kezuhudannya sangat masyhur. Kerana kezuhudannya itulah dia dipercayai.
Kisah ini adalah tentang masa muda Syeikh Sulaim. Waktu muda ia tinggal di salah satu ruangan masjid. Seringkali ia melalui hari tanpa makanan sedikit pun, ataupun sekeping wang untuk membeli makanan. Dalam kelaparan yang mencekik, seringkali ia merasakan kematian seakan berada di depan mata. Ia menganggapnya sebagai ujian. Ia bersabar dan selalu saja ada secuit makanan yang dapat ia makan.
Suatu ketika ia menemui keadaan yang sedemikian teruk, dia tidak mungkin hidup kecuali dengan terpaksa harus makan apa saja. Sudah berhari-hari dia tidak makan. Jika ingin hidup dia harus makan. Keadaan yang sangat darurat yang dalam ilmu fiqah sudah sampai batas diperbolehkan makan bangkai atau mencuri. Sekadar untuk menggalas perut. Sulaim muda memilih mencuri segenggam makanan sekadar untuk menguatkan tubuhnya, itulah yang hendak dia lakukan di siang hari itu.
Siang itu menjelang ‘asar’ dia keluar dari masjid. Di dalam masjid dia tinggal bersama seorang Syeikh. Gurunya. Yang juga sama zuhudnya. Dia malu minta sesuatu pada gurunya. Dia keluar masjid. Jika di jalan ada yang memberi makan tanpa dia harus meminta Alhamdulillah. Jika tidak, dia dengan sangat terpaksa. Harus mencuri. Mungkin di pasar.
Masjid At-Taubah tersebut berada di sebuah perkampungan tradisional. Rumah penduduknya kotak-kotak, saling menempel antara satu dengan lain, atapnya juga saling menyambung. Orang pun boleh berjalan di atasnya dari depan sampai hujung kampung.
Dia melihat rumah-rumah itu. Terbit satu idea untuk naik ke atas rumah itu. Siapa tahu ada makanan yang dijemur diatas rumah. Dalam keadaan lapar yang tidak tertahankan lagi, dia naik ke atap masjid lalu berpindah ke rumah yang berada di sampingnya.
Belum jauh melangkah, dia melihat ada seorang pemuda berada dirumah tersebut. Dengan segera dia memalingkan muka dan menjauh. Dia tidak ingan mengundang kecuriagaan. Lalu dia mencari-cari rumah yang lain dan dia melihat sebuah kosong sedang berada disampingnya. Dia melangkah ke atap rumah itu. Dia mencium bau masakan yang membuat air liurnya keluar dan perutnya semakin melilit-lilit.
Dorongan nafsu perutnya sedemikian kuat. Dia tidak kuat untuk tidak turun.
Dengan dua kali lompatan dia telah berada dilantai rumah tersebut dan segera menuju ke dapur. Dia membuka tutup makanan dan dilihatnya beberapa terong yang baru saja direbus. Terung itu direncahi dengan perencah khas Mesir. Dia pernah merasakan kelazatan terong seperti itu dalam sebuah jamuan majlis walimatul’urus.
Kerana rasa lapar yang tidak tertahankan lagi, dia terus mencuit terong itu tanpa peduli lagi panasnya makanan itu.
Dia mulai mengigit dan memamah terong tersebut. Namun ketika hendak menelannya, nuraninya mengusiknya. Dia berkata pada dirinya :
Astaghfirullah. A’udzubillahi minasy syaithanir rajim, Aku mencuri? Aku mencuri? Mana Iman ku? Mana imanku?. Aku berlindung kepada Allah. Bagaimana mungkin ini terjadi? Aku adalah seorang mu’adzzin di masjid. Seorang penuntut ilmu. Murid seorang ulama besar, tapi berani masuk ke rumah orang lain dan mencuri? Astaghfirullah. Ini tidak boleh terjadi.”
Dia terus mengeluarkan semua terong yang telah dia kunyah dari mulutnya. Dia mengembalikan sebahagian terong yang telah dia gigit ke dalam periuk semula. Air matanya terbit. Dia tadi merasakan telah melakukan dosa besar. Dia menyesal. Dia kembali ke dalam masjid sambil menahan kesedihan kerana tindakannya yang dia anggap sebagai perbuatan yang tak termaafkan. Dia terus beristighfar.
Selepas solat asar dia duduk mengikuti dan mendengarkan pengajian sang Syeikh di masjid. Namun fikirannya masih pada terong yang telah ia mamah. Sementara rasa laparnya semakin menjadi-jadi. Dua hal itu menyebabkan dia tidak tahu sama sekali apa yang di ajarkan gurunya.
Selepas pengajian semua orang telah pergi. Tinggal dia berdua bersama Syeikh. Tiba-tiba datanglah seorang wanita dengan memakai penutup muka. Wanita itu berkata kepada Syeikh tadi dengan ucapan yang tidak didengarnya sedikit pun. Setelah itu Syeikh tadi melihat sekelilingnya dan tidak menemukan siapa-siapa selain dirinya. Syeikh itu memanggil dan bertanya:
“Apakah kamu telah menikah?”
“Belum.” jawabnya.
Syeikh bertanya lagi “Apakah kamu ingin menikah?” Dia terdiam. Perutnya semakin pedih. Dia tidak memikirkan nikah tapi memikirkan nasib perutnya yang sudah sekian hari tidak kemasukan makanan.
Syeikh bertanya lagi dengan suara yang lebih keras. “ Apakah kamu ingin menikah?”
Ia mendengar dengar baik pertanyaan gurunya itu. Ia merasakan ada keseriusan di sana. Ia menjawab “ Guru, Demi Allah, untuk membeli sekeping roti pun saya tidak mampu, bagaimana mungkin saya ingin menikah?”
Gurunya itu tersenyum lalu berkata “ wanita ini bercerita kepadaku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Masa iddahnya telah habis dan dia adalah seorang pendatang di kota ini. Dia tidak memiliki sesiapa di dunia ini selain seorang pakcik yang sudah tua dan miskin yang datang ke sini bersamanya.Itu dia pakciknya.” Syeikh menunjuk kepada seorang yang sedang duduk agak jauh dari wanita itu. Syeikh melanjutkan penjelasannya. “ wanita ini mewarisi rumah suaminya beserta hartanya. Dia ingin mendapatkan suami lagi yang menikahinya sesuai sunnah Rasulullah s.a.w agar dia tidak sendirian lagi sehingga menutup kesempatan mereka yang mempunyai niat jahat. Apakah kamu mahu menikahinya?”
Dia menjawab “InsyaAllah, saya mahu. Tapi saya tidak mempunyai maharnya guru”. Syeikh tersenyum dan berkata : soal mahar mudah”.
“apakah kamu menerimanya sebagai suamimu?” tanya Syeikh kepada wanita tersebut.
“Ya saya menerimanya”. Jawab si wanita.
Syeikh terus memanggil pakcik wanita itu dua orang saksi dan melaksanakan aqad nikah serta memberikan mahar untuk muridnya.
Syeikh berkata” sekarang peganglah tangan isterimu”. Kemudian keduanya saling berpegangan tangan dan sang wanita membawanya ke rumahnya. Sesampainya di rumahsang wanita membuka penutup kepalanya. Dia terkejut kerana isterinya itu sungguh sangat cantik. Wajah isterinya itu putih bersinar. Dia semakin terkejut ketika tahu bahawa rumah di mana sekarang dia berada adalah rumah yang tadi dia masuki.
“apakah kanda sudah makan tengahari?” tanya sang isteri kepadanya.
“Belum”, jawabnya.
“kalau begitu mari kita ke dapur makan!”. Si isteri menariknya ke dapur. Sampai di dapur dia membuka tutup periuk dan alangkah terkejutnya dengan apa yang dilihatnya. Isterinya berkata “ “menghairankan. Siapa berani masuk ke rumah ini dan mengigit terong ini! Mungkin orang yang lancang ini tahu kalau aku ini janda sehingga berani masuk ke rumah ini”!
Mendengar hal itu, lelaki tadi menangis dan dia mulai menceritakan apa yang terjadi. Dia minta maaf. Wanita itu pun menangis mendengar cerita suaminya. Dengan terisak-risak wanita itu berkata “ Kau lulus ujian, suamiku. Kamu menjaga dirimu dari mengambil buah terong secara haram. Sebagai gantinya Allah memberikanmu terong ini semuanya. Bahkan pemilik terongnya dan seisi rumahnya secara halal”
Sejak itu dia tinggal bersama seorang isteri yang solehah, cantik dan cerdas. Dengan hartanya dia giat menuntut ilmu dari ramai ulamak terkemuka sampai menjadi ulamak besar.
(Di sadur dari Buku : Di atas sejadah Cinta-Habiburahman El-Shirazy)