Berita Hari Ini

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kisah cinta dari Masjid A-Taubah

Kisah cinta dari Masjid A-Taubah
Suatu siang di hari Jumaat seorang khatib di masjid as-Salam, Hay El-Ashir, Cairo dalam khutbahnya menuturkan sebuah kisah yang sangat indah. Kisah yang juga pernah di tulis oleh Syeikh Ali At-Thantawi dalam sebuah tulisannya:
“Kisah ini terjadi di Kota Damaskus Syiria. Di kota yang pernah menjadi ibu kota daulah Umawiyah terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid Jami’ At-taubah. Masjid ini adalah masjid yang membawa keberkahan. Diberi nama dengan At-Taubah, kerana konon sebelumnya adalah tempat hiburan, tempat dilangsungkannya berbagai jenis kemaksiatan. Kemudian ada seorang sultan pada abad ke-7 hijriyyah yang membelinya dan menghancurkan tempat tersebut. Setelah itu membangunkan sebuah masjid di atasnya. Saat ini daerah ini di kenali dengan daerah Masjid Jami’ At-Taubah.
Di masjid ini, tinggal seorang pendidik yang sangat alimbernama syeikh Sulaim As-Suyuthi. Kira-kira hampir tujuh puluh tahun ia tinggal di masjid itu. Para penduduk di sekitar masjid sangat mempercayainya. Kepada beliaulah, mereka sentiasa mengemukakan pelbagai pemasalahan agama dan dunia. Syeikh itu ibarat matahari bagi mereka. Kezuhudannya sangat masyhur. Kerana kezuhudannya itulah dia dipercayai.
Kisah ini adalah tentang masa muda Syeikh Sulaim. Waktu muda ia tinggal di salah satu ruangan masjid. Seringkali ia melalui hari tanpa makanan sedikit pun, ataupun sekeping wang untuk membeli makanan. Dalam kelaparan yang mencekik, seringkali ia merasakan kematian seakan berada di depan mata. Ia menganggapnya sebagai ujian. Ia bersabar dan selalu saja ada secuit makanan yang dapat ia makan.
Suatu ketika ia menemui keadaan yang sedemikian teruk, dia tidak mungkin hidup kecuali dengan terpaksa harus makan apa saja. Sudah berhari-hari dia tidak makan. Jika ingin hidup dia harus makan. Keadaan yang sangat darurat yang dalam ilmu fiqah sudah sampai batas diperbolehkan makan bangkai atau mencuri. Sekadar untuk menggalas perut. Sulaim muda memilih mencuri segenggam makanan sekadar untuk menguatkan tubuhnya, itulah yang hendak dia lakukan di siang hari itu.
Siang itu menjelang ‘asar’ dia keluar dari masjid. Di dalam masjid dia tinggal bersama seorang Syeikh. Gurunya. Yang juga sama zuhudnya. Dia malu minta sesuatu pada gurunya. Dia keluar masjid. Jika di jalan ada yang memberi makan tanpa dia harus meminta Alhamdulillah. Jika tidak, dia dengan sangat terpaksa. Harus mencuri. Mungkin di pasar.
Masjid At-Taubah tersebut berada di sebuah perkampungan tradisional. Rumah penduduknya kotak-kotak, saling menempel antara satu dengan lain, atapnya juga saling menyambung. Orang pun boleh berjalan di atasnya dari depan sampai hujung kampung.
Dia melihat rumah-rumah itu. Terbit satu idea untuk naik ke atas rumah itu. Siapa tahu ada makanan yang dijemur diatas rumah. Dalam keadaan lapar yang tidak tertahankan lagi, dia naik ke atap masjid lalu berpindah ke rumah yang berada di sampingnya.
Belum jauh melangkah, dia melihat ada seorang pemuda berada dirumah tersebut. Dengan segera dia memalingkan muka dan menjauh. Dia tidak ingan mengundang kecuriagaan. Lalu dia mencari-cari rumah yang lain dan dia melihat sebuah kosong sedang berada disampingnya. Dia melangkah ke atap rumah itu. Dia mencium bau masakan yang membuat air liurnya keluar dan perutnya semakin melilit-lilit.
Dorongan nafsu perutnya sedemikian kuat. Dia tidak kuat untuk tidak turun.
Dengan dua kali lompatan dia telah berada dilantai rumah tersebut dan segera menuju ke dapur. Dia membuka tutup makanan dan dilihatnya beberapa terong yang baru saja direbus. Terung itu direncahi dengan perencah khas Mesir. Dia pernah merasakan kelazatan terong seperti itu dalam sebuah jamuan majlis walimatul’urus.
Kerana rasa lapar yang tidak tertahankan lagi, dia terus mencuit terong itu tanpa peduli lagi panasnya makanan itu.
Dia mulai mengigit dan memamah terong tersebut. Namun ketika hendak menelannya, nuraninya mengusiknya. Dia berkata pada dirinya :
Astaghfirullah. A’udzubillahi minasy syaithanir rajim, Aku mencuri? Aku mencuri? Mana Iman ku? Mana imanku?. Aku berlindung kepada Allah. Bagaimana mungkin ini terjadi? Aku adalah seorang mu’adzzin di masjid. Seorang penuntut ilmu. Murid seorang ulama besar, tapi berani masuk ke rumah orang lain dan mencuri? Astaghfirullah. Ini tidak boleh terjadi.”
Dia terus mengeluarkan semua terong yang telah dia kunyah dari mulutnya. Dia mengembalikan sebahagian terong yang telah dia gigit ke dalam periuk semula. Air matanya terbit. Dia tadi merasakan telah melakukan dosa besar. Dia menyesal. Dia kembali ke dalam masjid sambil menahan kesedihan kerana tindakannya yang dia anggap sebagai perbuatan yang tak termaafkan. Dia terus beristighfar.
Selepas solat asar dia duduk mengikuti dan mendengarkan pengajian sang Syeikh di masjid. Namun fikirannya masih pada terong yang telah ia mamah. Sementara rasa laparnya semakin menjadi-jadi. Dua hal itu menyebabkan dia tidak tahu sama sekali apa yang di ajarkan gurunya.
Selepas pengajian semua orang telah pergi. Tinggal dia berdua bersama Syeikh. Tiba-tiba datanglah seorang wanita dengan memakai penutup muka. Wanita itu berkata kepada Syeikh tadi dengan ucapan yang tidak didengarnya sedikit pun. Setelah itu Syeikh tadi melihat sekelilingnya dan tidak menemukan siapa-siapa selain dirinya. Syeikh itu memanggil dan bertanya:
“Apakah kamu telah menikah?”
“Belum.” jawabnya.
Syeikh bertanya lagi “Apakah kamu ingin menikah?” Dia terdiam. Perutnya semakin pedih. Dia tidak memikirkan nikah tapi memikirkan nasib perutnya yang sudah sekian hari tidak kemasukan makanan.
Syeikh bertanya lagi dengan suara yang lebih keras. “ Apakah kamu ingin menikah?”
Ia mendengar dengar baik pertanyaan gurunya itu. Ia merasakan ada keseriusan di sana. Ia menjawab “ Guru, Demi Allah, untuk membeli sekeping roti pun saya tidak mampu, bagaimana mungkin saya ingin menikah?”
Gurunya itu tersenyum lalu berkata “ wanita ini bercerita kepadaku bahawa suaminya baru sahaja meninggal dunia. Masa iddahnya telah habis dan dia adalah seorang pendatang di kota ini. Dia tidak memiliki sesiapa di dunia ini selain seorang pakcik yang sudah tua dan miskin yang datang ke sini bersamanya.Itu dia pakciknya.” Syeikh menunjuk kepada seorang yang sedang duduk agak jauh dari wanita itu. Syeikh melanjutkan penjelasannya. “ wanita ini mewarisi rumah suaminya beserta hartanya. Dia ingin mendapatkan suami lagi yang menikahinya sesuai sunnah Rasulullah s.a.w agar dia tidak sendirian lagi sehingga menutup kesempatan mereka yang mempunyai niat jahat. Apakah kamu mahu menikahinya?”
Dia menjawab “InsyaAllah, saya mahu. Tapi saya tidak mempunyai maharnya guru”. Syeikh tersenyum dan berkata : soal mahar mudah”.
“apakah kamu menerimanya sebagai suamimu?” tanya Syeikh kepada wanita tersebut.
“Ya saya menerimanya”. Jawab si wanita.
Syeikh terus memanggil pakcik wanita itu dua orang saksi dan melaksanakan aqad nikah serta memberikan mahar untuk muridnya.
Syeikh berkata” sekarang peganglah tangan isterimu”. Kemudian keduanya saling berpegangan tangan dan sang wanita membawanya ke rumahnya. Sesampainya di rumahsang wanita membuka penutup kepalanya. Dia terkejut kerana isterinya itu sungguh sangat cantik. Wajah isterinya itu putih bersinar. Dia semakin terkejut ketika tahu bahawa rumah di mana sekarang dia berada adalah rumah yang tadi dia masuki.
“apakah kanda sudah makan tengahari?” tanya sang isteri kepadanya.
“Belum”, jawabnya.
“kalau begitu mari kita ke dapur makan!”. Si isteri menariknya ke dapur. Sampai di dapur dia membuka tutup periuk dan alangkah terkejutnya dengan apa yang dilihatnya. Isterinya berkata “ “menghairankan. Siapa berani masuk ke rumah ini dan mengigit terong ini! Mungkin orang yang lancang ini tahu kalau aku ini janda sehingga berani masuk ke rumah ini”!
Mendengar hal itu, lelaki tadi menangis dan dia mulai menceritakan apa yang terjadi. Dia minta maaf. Wanita itu pun menangis mendengar cerita suaminya. Dengan terisak-risak wanita itu berkata “ Kau lulus ujian, suamiku. Kamu menjaga dirimu dari mengambil buah terong secara haram. Sebagai gantinya Allah memberikanmu terong ini semuanya. Bahkan pemilik terongnya dan seisi rumahnya secara halal”
Sejak itu dia tinggal bersama seorang isteri yang solehah, cantik dan cerdas. Dengan hartanya dia giat menuntut ilmu dari ramai ulamak terkemuka sampai menjadi ulamak besar.
(Di sadur dari Buku : Di atas sejadah Cinta-Habiburahman El-Shirazy)

SAYANGI DIRI ANDA

Tips Menyayangi Diri Sendiri

Salah satu cara untuk mendorong kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan seterusnya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan tidak lama lagi ialah menyayangi diri sendiri.
Menyayangi diri bermakna kita memikirkan keadaan diri kita, menjaga kesihatan, memikirkan masa depan, bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan menjauhi diri daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan diri kita sekarang dan masa depan. Berikut merupakan enam kunci asas untuk menyayangi diri sendiri (yakin terhadap diri sendiri):
1) Belas kasihan – Belas kasihan adalah umpama ubat penyembuh yang bertindak terus di kawasan luka. Dengarlah suara hati anda yang sentiasa menjaga, menyembuhkan, dan bersedia untuk menggembirakan anda. Ia wujud dalam hati kita, cuma kita yang perlu dengar kepadanya.

2) Penerimaan
– Tiada manusia yang sempurna, termasuklah diri anda. Tidak kira mana-mana bahagian tubuh anda yang ingin anda ubah, penting untuk anda menilai siapa diri anda sekarang – ciptaan yang bergerak, berubah dan berkembang dengan ciri-ciri dan kelebihan yang tertentu.
3) Hormat – Dalam perwatakan tradisi, ini tidak susah atau banyak permintaan. Dalam dunia pendidikan yang mencabar pula, persaingan boleh menjadikan seseorang itu merasa rendah diri.
Ingatkah masa apabila seseorang pernah menunjukkan rasa hormat ketika anda merasa rendah diri?
Ingatkah bagaimana rasa hormat itu menceriakan anda bila anda menerima komen itu sebagai benar?
Tiba masanya untuk anda memberikan rasa hormat pada diri anda sendiri.
4) Galakan – Kita semua memerlukan galakan untuk mencapai matlamat dan perlu yakin untuk mencapainya. Berusaha untuk mencapai dan belajar dari mereka yang sering memberikan galakan kepada orang-orang lain. Jangan lupa kepada halangan-halangan realistik yang wujud dan sifat-sifat diri yang kental.
5) Sokongan – Pernahkah anda merasa tidak mahu bangun daripada tidur dan seolah-olah ingin menyorokkan diri daripada dunia sekitar? Pada ketika seperti itu barangkali anda inginkan seseorang untuk mendorong serta meniupkan semangat untuk meneruskan hidup. Kita mampu mendorong serta menyayangi diri kita sendiri dengan sedemikian cara, asalkan kita sedar mengenainya.
6) Belaian – Pernahkah anda membelai seekor kucing dan lihat bagaimana kucing itu merasa seronok dengan perbuatan anda itu? Pernahkah anda dibelai sedemikian rupa? Kita mampu membelai diri kita sendiri kerana kita berhak membelai diri kita.
Kita berhak menyayangi diri sendiri.
KENALI DIRI ANDA WAHAI INSAN

1.SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
” Dan (kenangilah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “sesungguhnya Aku hendak melantik khalifah di muka bumi.” ( QS. Al-Baqarah 30 )
2. BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH?
Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu ( wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka; khalifah-khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka;(QS : An-Noor-55)
3. KENAPA AKU DICIPTAKAN?
”Aku tidak menjadikan jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” (QS : Adz-Dzaariyat 56)
” Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan(yang mempunyai) arasy yang mulia” (QS: Al-Mukminun 115-116)
4. APAKAH TUJUAN HIDUPKU?
“Katakanlah: solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Tuhan Semesta Alam” (QS: Al-An’am)
5. APAKAH ITU KEBENARAN?
“Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar(al-Haq) dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”
(QS; Luqman 30)
6. KALAU BETULLAH ITU KEBENARAN…KENAPA AKU TIDAK NAMPAK KEBENARAN?
Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu sebagai) hijab (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan hijab (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka ( pada hari kiamat). Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu,, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).(QS; Yaasin 9 )
7. AKU INGIN MENJADI ORANG YANG BERJAYA…..TAPI…SIAPAKAH YANG SEBENAR-BENARNYA BERJAYA?
“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, yaitu mereka yang khusyuk dalam shalatnya, Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Maka sesiapa yang berat timbangan amal baiknya, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. (QS : Al-mukminun 102 )
Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan
(QS : Al-Ahzab 71)
8. OK..KALAU BEGITULAH CARANYA UTK MENJADI ORANG BERJAYA, APA YANG PATUT AKU BUAT?
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam itu sepenuhnya.” (QS :Al-Baqarah)
9. KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT2 ALLAH?—(setiap baris ayat Al-Quran wajib diterima dan diamalkan sebagai seorang muslim.)
“Diturunkan al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
(QS : al-Mukminun 2)
10. TAPI, KADANG-KADANG AYAT2 ALLAH TIDAK MEMENUHI KEMAUANKU.
“Dan kamu tidak dapat menentukan kemauan kamu kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah” (QS :At-Taqwir 29)
” Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS :Al-Baqarah 216)
11. AKU BANYAK MENJADIKAN HIBURAN YANG MELALAIKAN SEBAGAI PENGHIBUR HATIKU, MEMBUATKAN HATIKU GEMBIRA DAN TENANG.
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah, Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.(QS :Ar-Rad 28)
” Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati AllahYang Maha Pemurah, Kami adakan baginya syaitan (yg Menyesatkannya) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya” (az-Zukhruff:36)

12. AKU JUGA MENGAMALKAN APA YANG DISURUH, TAPI AKU JUGA CENDERUNG MEMBUAT MAKSIAT.
Jika kebenaran itu mengikut hawa nafsu mereka nescaya musnahlah langit dan bumi dan penghuni-penghuninya.
(QS ; Al- Mukminun 71)

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.” (QS: At-taubah 42)

13. AKU MEMPUNYAI MISI BAHWA UTK MENGAMALKAN ISLAM SEPENUHNYA, HIDUPKU MUNGKIN TIDAK ‘HAPPY’ DAN MENYUSAHKAN.
“Kami tidak turunkan al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi bagi peringatan bagi orng yang takut(pada Allah)
(QS : Thahaa 2-3)

“Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi rahmat kepada orang-orang yang beriman”(QS :Al-Isra’ 82)

14. GEMBIRAKAH AKU JIKA AKU MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH?
. “Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman”
(QS : Ali-Imran 139)